Isnin, Mac 30, 2009

NIKMAT KEHIDUPAN DAN IMAN

[ Petikan Berita Minggu 18 Jan 2004 ]

Rasulullah s.a.w mengingatkan kita bahawa dua nikmat yang sering dilupai manusia. Sabda baginda bermaksud:”Dua nikmat yang dilupai kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan kelapangan masa” – (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Memang nilai kesihatan yang ada pada kita tidak terasa kecuali selepas sakit. Kata orang, jika hendak tahu berapa nilai kesihatan sehari-hari, lihatlah pada bil bayaran sewaktu merawatnya ketika sakit.

Kata ulamak : ”Apabila seseorang ditimpa penyakit yang menjejaskan kesihatannya, dia sanggup membelanjakan semua harta kekayaannya untuk mengubati penyakitnya”. Ketika itu kesihatannya lebih berharga daripada semua harta dunia.

Sesungguhnya nikmat Allah itu akan terasa besar nilainya apabila ia hilang. Oleh itu, bersyukurlah sementara ia masih kita miliki.

Nikmat kedua ialah kelapangan masa. Masa datang hanya sekali, walaupun esuk masih ada tapi hari ini tidak akan berulang dan semalam akan menjadi kenangan. Yang berlalu sekalipun sesaat tetap akan berlalu dan tidak akan kembali lagi.

Sebab itulah, Islam amat mengutamakan masa. Sebenarnya, sebesar-besar nikmat dalam kehidupan orang muslim ialah iman. Meskipun kita tidak pernah memohon untuk datang ke dunia ini, kehendak Allah tiada siapa yang boleh menghalang.

Itulah bukti kebesaran dan kekuasaan Allah saperti firman-Nya yang bermaksud :”Mengapa kamu kufur kepada Allah, pada hal sebelumnya kamu mati, lalu Allah hidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya semula, kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan?” (Al-Baqarah:28)

Sesungguhnya hidup adalah modal paling berharga bagi manusia sebab apalah erti harta kekayaan, pangkat dan kebesaran bagi seseorang itu sedangkan dia sudah tiada lagi untuk menikmatnya. Begitu juga sebaliknya, sekiranya seseorang itu kehilangan segala-galanya, tapi ia masih hidup, maka sebenarnya dia masih dibekalkan sebesar-besar modal untuk meneruskan perjuangannya di dunia ini.

Sementara bagi seorang mukmin, SEBESAR-BESAR NIKMAT DALAM HIDUP IALAH NIKMAT IMAN. Iman bererti mempercayai Allah, Rasul-Nya, Kitab-Nya, Malaikat-Nya, hari akhirat serta qada dan Qadar-Nya. Beriman kepada Allah yang mengeluarkan mereka daripada kegelapan kekufuran kepada cahaya iman. Firman Allah bermaksud :”Allah Pelindung orang beriman;Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan [kekufuran] kepada cahaya [iman].” – (Al-Baqarah:257)

Apa erti hidup sekiranya kita terus ada di dalam kegelapan, tidak tahu dari mana dan ke mana hendak dituju dalam hidup ini, terutama tujuan sebenar kita dihidupkan. Semua itu hanya Allah yang dapat menjawap.

Firman-Nya bermaksud: ”(Iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah atau bala, mereka mengucapkan: ”Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya kami kembali.” – (Al-Baqarah:156). Dan firman-Nya bermaksud: ”Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku.” – (Al-Zaritat 51:56)


Jumaat, Oktober 31, 2008

KeMaMPuaN MemBaCa PeRaSaaN, SiKaP dan TinGKaHLaKu

Sumbangsih dr http://muhammadhanif.wordpress.com

Secara kasar terdapat tiga cara untuk kita menguasai ilmu bagi memudahkan yang tersirat disuratkan. Cara yang pertama adalah berdasarkan ilmu psikologi, yang kedua berdasarkan ilmu firasat dan yang ketiga berdasarkan ilmu kasyaf.

Cara yang pertama adalah melalui bidang psikologi iaitu melalui ilmu jiwa. Berdasarkan penelitian dan pemerhatian individu atau kelompok masyarakat tertentu, tentang tabiatnya, wataknya, kehendak-kehendaknya, satu rumusan tersirat dapat dikesan. Ilmu dalam bentuk ini tidaklah terhad kepada orang Islam sahaja. Orang kafir pun mampu menguasainya juga. Malahan pada masa ini orang Barat didapati lebih mendalami ilmu ini berbanding dengan kemampuan yang ada pada kita. Pengamatan yang dibuat oleh sarjana-sarjana barat, kajian yang telah dijalankan, jenis kaedah dan teknik yang digunakan telah membantu mereka untuk membaca dan memahami perasaan, sikap dan tingkah laku manusia.

Ilmu firasat merupakan satu cabang daripada ilmu makrifat. Ia adalah jalan atau kaedah kedua bagi membolehkan kita membaca yang tersirat untuk disuratkan. Ilmu firasat lebih merupakan gerak hati, rasa di mana seseorang dicampakkan ilham ke dalam hatinya oleh Allah S.W.T. untuk memahami perkara-perkara yang tersirat. Ianya bukan ilmu yang berasaskan pemikiran, renungan, pengamatan atau kajian. Ianya diperolehi dengan secara tiba-tiba, jatuh ke dalam hati insan itu. Dia akan merasa senang hati, seronok, tenang atau terhibur apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang akan membuahkan kebaikan kemudiannya. Atau merasa perasaan meluap, kebencian, tidak sedap hati dan sebagainya apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang akan mengakibatkan terjadinya keburukan.

Ilmu yang didapati dari bentuk ini berbeza dari psikologi. Ilmu psikologi adalah hasil pembacaan, pengamatan, kajian dan hasil kerja-kerja akal, manakala ilmu firasat adalah gerak hati yang dicampakkan oleh Allah. Sebab itulah mereka yang memperolehi ilmu firasat tidak menghadapi masalah keletihan akal kerana ilmunya lahir dari pacaran hati yang terikat dengan tali keimanan, yang digariskan atas syariat Allah walaupun ianya dapat menghasilkan ilmu yang banyak.

Kaedah yang paling berkesan dan pratikal sekali yang boleh diperolehi oleh manuasia dalam menilai dan memahami perkara-perkara yang tersirat dengan tepat ialah melalui ilmu kasyaf (pandangan tembus), iaitu sebahagian dari ilmu mskrifat juga. Di sini insan tadi, Allah akan mengangkat hijabnya hingga dapat melihat alam roh dengan sebenar-benarnya. Sehinggakan apabila melihat seseorang, ia boleh melihat sama ada orang itu berkepala babi atau berkepala kambing atau berkepala ular dan sebagainya. Pasti secara lahirnya sifat-sifat itu akan terpapar pada tingkah laku peribadi tersebut. Malah bukan itu sahaja, ada yang dapat melihat pokok-pokok bertasbih, ayam membaca al-Quran dan sebagainya yang mana ini semua dianggap pelik bila diukur dengan kaca mata lahiriah.

Kasyaf terbahagi kepada empat jenis iaitu ;

1. Kasyaf yang berlaku kepada para Rasul, Nabi dan Waliyullah. Mereka ini telah terbina imannya, telah berjaya bermujahadah melawan nafsu dan syaitan serta tipu daya dunia hingga dapat menjadikan ianya hampir dengan Allah serta tergolong dalam kumpulan para kekasih Allah. Mereka ini tidak terpaut dan tidak terasa hebat dengan kelebihan-kelebihan yang dianugerahkan Allah. Pengadian mereka kepada Allah bukanlah kerana ganjaran syurga, atau takut dengan neraka, apatah lagi kerana dunia yang penuh tipu daya ini, tetapi adalah semata-mata kerana ianya hamba Allah. Tegasnya mereka adalah orang-orang yang dikurniakan kasyaf kerana hati mereka telah bersih dan bulat sepenuhnya mencintai Allah.

2. Dalam jenis kedua pula, Allah berikan kasyaf kepada seseorang itu sebagai modal untuk menyakinkannya akan kebesaran Allah dan tentang keesaanNya. Dengan pemberian ini menjadi penyebab untuk ia taat kepada Allah selaras dengan syariat Allah.

Inilah yang terjadi kepada orang-orang tertentu sebagai “rezeki” dari Allah kepada mereka. Contohnya, seperti yang telah terjadi kepada wali-wali besar Ibrahim Adham, Bisyru Al Hafi, Malik bin Dinar dan lain-lain. Mereka asalnya adalah orang awam, tetapi setelah dikurniakan kasyaf sebagai cara didikan terus dari Allah, maka mereka terdorong untuk membuat perubahan besar dalam hidup mereka, iaitu semata-mata berbakti kepada Allah.

Ibrahim Adham yang asalnya seorang raja, gemar berburu pada hari Jumaat. Beliau tidak menghiraukan “pantang-larang” umat Islam yang sangat memuliakan hari Jumaat sebagai hari yang dikhususkan untuk beribadat.

Suatu ketika sedang ia berburu, tiba-tiba ia mendengar satu suara ; “Wahai Ibrahim Adham! Adakah kerana ini Allah menjadikan kamu?” Ibrahim Adham terpinga-pinga. Dia tidak dapat melihat siapa dan dari mana suara itu datang. Ia pun meneruskan pemburuannya. Tetapi sekali suara itu bergema. Akhirnya, hati beliau tersentuh dan insaf atas kelalaiannya selama ini.

Ia pun meninggalkan kemewahan, dan cara hidupnya sebagai raja. Ia berkelana dan hidup sebagai seorang sufi. Mulai saat itulah darjatnya meningkat hinggalah mencapai taraf wali.

3. Kasyaf yang dikurniakan Allah kepada seseorang kerana berkat guru atau ibubapanya ataupun kerana sesuatu amal yang telah dikurniakan kasyaf jenis ini sebenarnya belum bersih lagi jiwanya. Ia hanya menerima berkat dari seseorang lain yang ada hubungan rapat dengannya. Kasyaf jenis ini juga merupakan modal awal yang sangat tinggi nilainya kepadanya untuk hampir kepada Allah. Jika ia anggota sebuah jemaah Islamiah, maka ia merupakan saluran kepada berita-berita ghaib yang sangat besar manfaatnya kepada seluruh anggota jemaah.

Hal ini dapat dicontohkan dengan kasyaf yang dikurniakan mukasyafah waktu sebelum bertaraf wali. Dengan mukasyafah itulah ia dapat merasai kebesaran Allah dan menjadi pendorong kepada dirinya berubah menjadi wanita solehah dan akhirnya menjadi seorang wali. Mengapakah Allah memilihnya? Ini disebabkan barakah dari ibunya yang sering mendoakan kesejahteraan anaknya (Rabi’atul Adawiyah). Jadi kasyaf yang diberikan padanya bukanlah hasil mujahadah tetapi sengaja Allah campakkan barakah doa seorang ibu kepada anaknya!

4. Dalam jenis keempat pula Allah memberi ilmu kasyaf kepada seseorang lebih merupakan satu ujian ke atasnya. Adakah ia akan mudah terasa hebat dengan kekasyafannya atau terasa seronok dengan kebolehannya. Dengan kekasyafan ini akan tergambarlah watak-watak terpendam pada orang itu seperti keikhlasannya dalam ibadahnya, tentang rasa kehambaannya kepada Allah serta akhlak baik dan uruknya. Ini merupakan perangkap ke atas dirinya dalam menguji sifat kehambaan yang ada pada dirinya.

Bagi para wali mereka tidak mudah tertipu dan tidak mudah terperangkap dengan ilmu kasyaf yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Contohnya, kita boleh lihat pernah suatu ketika, di waktu Syeikh Abdul Kadir Al Jailani sedang berzikir dan bermunajat dengan Allah. Ketika itu datanglah satu cahaya dan bersuara ; “Wahai Syeikh Abdul Kadir Al Jailani, engkaulah kekasihku. Mulai sekarang telah halal apa yang diharamkan ke atasmu.”

Syeikh Abdul Kadir Al Jailani terus melontar kasutnya ke arah cahaya itu dan berkata ; “Pergilah, wahai syaitan yang terkutuk!”

Mendengar itu, suara tadi (syaitan) pun berkata ; “Engkau hebat! Telah ramai wali yang telah aku sesatkan dengan cara ini. Ini sudah tentu berkat ketinggian ilmumu.”

Mendengar itu, Syeikh Abdul Kadir Al Jailani pun terus berkata lagi ; “Jangan engkau cuba menipu aku sekali lagi. Aku selamat dari tipu dayamu bukan kerana ilmuku tetapi kerana rahmat Allah!”

Inilah bentuk ujian kasyaf yang dikurniakan kepada Syeikh Abdul Kadir Al Jailani sama ada ia tertipu atau tidak. Alhamdulillah wali besar itu mendapat pimpinan Allah dan sentiasa dapat mengekalkan sifat kehambaannya walaupun kedudukannya di sisi Allah sangat tinggi.

Begitu juga dengan Rabi’atul Adawiyah, walaupun dianugerahkan dengan kehebatan-kehebatan pada dirinya, dia tidak pula terasa kagum hingga hilang sifat kehambaannya kepada Allah. Di antara karomah-karomahnya ialah dia boleh melempar tikar sejadah ke udara dan bersembahyang di atasnya. Tetapi perkara ini adalah terlalu kecil baginya. Alam kenyataan telah membuktikan ini adalah perkara biasa pada burung yang sentiasa boleh berterbangan di udara.

Sebaliknya tidak dapat kita nafikan melalui sejarah, dapat kita lihat ramai para wali yang sudah terpesona, tertipu, sudah terasa “hebat” dengan kebolehan hingga tipu daya ini membawa mereka ke kancah kekufuran. Mereka telah gagal dalam ujian yang berbentuk kerohanian ini. Kasyaf yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka ini menyebabkan mereka lupa, takabur dan sombong.

Terdapat satu kisah tentang seorang wali yang bernama Syeikh Bersisa yang sudah begitu lama beribadah kepada Allah tetap di saat akhirnya terpedaya dengan tipu daya syaitan sehingga melanggar syariat Allah. Beliau mempunyai banyak kelebihan-kelebihan sehinggakan anak muridnya telah boleh terbang bagaikan burung di udara tetapi akhirnya mati kufur. Rupa-rupanya tersingkap rahsia bahawa Bersisa menerima nasib sedemikian kerana hatinya kurang dengan rasa syukur. Sebab itulah kurniaan kasyaf bukanlah jaminan untuk selamat dunia dan akhirat tetapi sebagai pendorong sahaja untuk lebih membaiki diri.

http://muhammadhanif.wordpress.com

SiNaR BaHGiA SENTiASA ADA


Sedutan Harian Metro 5.9.08

Dalam meletakkan fasa dalam sesuatu perhubungan, sudah pasti ada sesuatu yang dicari. Pada diri si dia, tentu anda mengharapkan yang baik daripada yang terbaik.

Begitu juga dalam membina impian dalam percintaan, pelbagai perkara yang difikirkan mengenai si dia. Adakah nilai yang diberikan itu ada persamaan dengan apa yang anda dambakan? Renungi perkara berikut untuk memperoleh kekuatan dalam bercinta:

Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya sebab keelokan wajah dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik pada kekayaannya kerana kekayaan pasti musnah.

Biarlah tertarik pada seseorang yang dapat membuat diri tersenyum kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Semoga anda menemukan orang seperti itu.

Ada saatnya anda sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga anda bermimpikan orang seperti itu.


Semoga anda mendapat kebahagiaan yang cukup untuk membuat anda bahagia, cubaan yang cukup untuk membuat anda kuat, kesedihan yang cukup untuk membuat diri menjadi manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuat anda bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kita sering terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan itu.

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berbuai di beranda bersama anda, tanpa mengucapkan sepatah kata. Kemudian, anda meninggalkannya dengan perasaan sudah bercakap-cakap lama dengannya.

Benarlah kata-kata bahawa anda tidak tahu apa yang anda miliki sehingga anda kehilangan dirinya. Anda juga tidak tahu apa yang belum pernah anda miliki sehingga anda memperolehnya.

Pandanglah sesuatu dari kaca mata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hati, mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

Kata-kata yang diucapkan sembarangan seolah-olah menyulitkan lagi perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.

Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan luka yang sekian lama membekas.

Awal cinta adalah membiarkan orang yang anda cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang diinginkan. Jika tidak, anda hanya mencintai pantulan diri sendiri yang ditemukan dalam dirinya.

Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik daripada setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Justeru, hargai betapa pentingnya orang yang pernah hadir dalam hidup anda.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika anda bertemu seseorang yang sangat bererti bagi diri anda dan mendapati pada akhirnya, ia tidak sedemikian dan anda harus melepaskannya.

Cinta dimulai dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan titisan air mata.

Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai diri anda tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cinta padanya.

Masa depan yang cerah selalu bergantung kepada masa lalu yang dilupakan. Anda tidak dapat terus hidup dengan baik jika anda tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa silam.

Jangan mengucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba, jangan menyerah jika anda masih berasa sanggup, jangan mengatakan anda tidak mencintainya lagi jika anda masih tidak dapat melupakannya.

Hanya diperlukan waktu 1minit untuk menafsir 1orang, 1jam untuk menyukai 1orang dan 1hari untuk mencintai 1orang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Rabu, September 24, 2008

MaaF ZaHiR & Bathin


KEPADA SESIAPA YG MENGENALI DIRI INI

MOHON KEMAAFAN
UNTUK LISAN YANG TAK TERJAGA
JANJI YG TERABAI
HATI YANG BERPERANSANGKA
DAN SEMUA SIKAP YG PERNAH MENYAKITKAN

Rabu, September 17, 2008

DeTiK LaiLaTuL Qadar


Bila & Bagaimana al-Qur'an Diturunkan?
sumbangsih dr http://an-nawawi. blogspot. com

Di antara keistimewaan bulan Ramadhan adalah di mana Allah telah memuliakannya berbanding dengan bulan-bulan yang lain dengan memilihnya sebagai bulan diturunkannya al-Qur'an al-'Azhim. Keistimewaan ini diberikan oleh Allah kepada bulan Ramadhan sebagaimana dinyatakan melalui firman-Nya (maksudnya),
"...Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelas an mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil)." (Surah al-Baqarah, 2: 185)

Begitu juga sebagaimana dinyatakan di dalam hadis Rasulullah [s.a.w] bahawa bulan ramadhan merupakan bulan di mana Kitab-kitab Ilaahiyah diturunkan kepada para Nabi a.s

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah meriwayatkan dari Watsilah bin al-Asqa', bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya),

"Shuhuf (lembaran-lembaran) Ibrahim diturunkan pada malam pertama bulan Ramadhan, Taurat diturunkan pada tanggal enam (6) Ramadhan, Injil diturunkan pada tanggal tiga belas (13) Ramadhan, dan al-Qur'an diturunkan pada tanggal dua puluh empat (24) Ramadhan." (Hadis Riwayat Ahmad dan turut dikeluarkan oleh ath-Thabrani. Menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahiihul Jaami' hadis ini hasan (1497). Lihat juga Tafsir Ibnu Katsir di bawah penafsiran 2: 185)

Melalui hadis ini juga diperjelaskan kepada kita bahawa al-Qur'an mula diturunkan pada hari ke dua puluh empat (24) di bulan Ramadhan.

Allah menurunkan al-Qur'an kepada Rasul kita Muhammad [s.a.w] demi untuk membimbing manusia. Turunnya al-Qur'an merupakan peristiwa besar yang sekaligus menyatakan tinggi kedudukannya bagi penghuni langit dan bumi. Turunnya al-Qur'an pertama kali jatuh pada lailatul Qadr (malam al-Qadr) yang mana merupakan pemberitahuan kepada alam samawi yang dihuni oleh para malaikat berkaitan kemuliaan umat Muhammad. Di mana umat ini telah dimuliakan oleh Allah dengan risalah barunya agar menjadi umat yang paling baik yang dikeluarkan bagi manusia. Turunnya al-Qur'an yang seterusnya secara beransur-ansur, berbeza dengan kitab-kitab yang turun sebelumnya, sangat mengejutkan orang dan menimbulkan keraguan terhadapnya sebelum jelas bagi mereka rahsia hikmah Ilahi yang ada di balik itu. Rasulullah [s.a.w] tidak menerima risalah besar ini dengan cara sekaligus, dan kaumnya yang sombong dan berhati keras turut dapat ditawan (dilunakkan) dengannya. Antara hikmah wahyu ini turun secara beransur-angsur adalah demi menguatkan hati Rasul dan menghiburnya relevan dengan peristiwa dan kejadian-kejadian yang mengiringinya sehingga Allah menyempurnakan agama ini dan mencukupkan nikmat-Nya.

Turunnya al-Qur'an Dengan Sekaligus

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman melalui kitab-Nya yang mulia (maksudnya),

"...Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelas an mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil)." (Surah al-Baqarah, 2: 185)

Dan firman-Nya,

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (malam al-Qadr)." (Surah al-Qadr, 97: 1)

Juga,

"Dan al-Qur'an telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-perlahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian." (Surah al-Isra', 17: 106)

Ayat-ayat di atas tidaklah saling bertentangan, kerana malam yang diberkahi dalam bulan Ramadhan itu adalah Lailatul Qadr. Jadi, di sini dapat difahami bahawa al-Qur'an diturunkan ketika malam al-Qadr iaitu di dalam bulan Ramadhan. Tetapi zahir ayat-ayat itu yang bertentangan dengan situasi kehidupan Rasulullah, di mana al-Qur'an turun kepadanya selama dua puluh tiga tahun. Dalam perkara ini, para ulama sependapat bahawa
al-Qur'an al-Karim itu diturunkan melalui dua fasa,

Fasa Pertama: Diturunkan sekaligus pada malam al-Qadr (Lailatul Qadr) di bulan Ramadhan ke Baitul 'Izzah di langit dunia.

Fasa Kedua: Diturunkan dari langit dunia ke bumi secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun.


[klik dsini utk muaturun mp3 Raihan-Lailatul Qadar]

Sabtu, September 13, 2008

SeLaMaT DaTanG Ramadhan

Ramadhan.

Aku menanti mu dengan penuh harapan.

Harapan untuk membawa aku bersama rahmat yang diutuskan.

Semuga tahun ini membawa seribu kenikmatan

kebahagian untuk diri ku dan umat islam seluruhnya.


Selamat Datang Ramadhan al-Mubarak

Jumaat, Ogos 29, 2008

MeMoRi Dari Kaki Bkt Telekong [EdiSi 2]



" 1 gurauan belum tentu mampu mengukir senyuman,
1 buah kata maaf belum tentu dapat menghilangkan luka di hati,
Tetapi hanya dengan 1 caTaTaN ini dapat membuktikan diri ini
masih mengingati kalian semua tak kira di mana jua aku berada....... "

MaSa DaTanG HanYa SeKaLi
WaLauPun eSuK MaSiH aDa
TaPi HaRi iNi TiDaK aKaN BeRuLanG
DaN SeMaLaM aKaN MeNJaDi KeNanGaN.
YanG BerLaLu SeKaLipun SeSaaT TeTaP aKaN BerLaLu
DaN TiDaK aKaN KemBaLi LaGi...



- [[[ mp3 still under management ]]] -

Jumaat, Ogos 22, 2008

Memori Dari Kaki Bkt Telekong [EdiSi 1]

HOW CAN I TELL HER - LOBO
She knows when I'm lonesome.
She cried when I'm sad.
She's up in the good times.
She' s down in the bad.

Whenever I'm discouraged.
She knows just what to do.
But girl, she doesn't know about you.

I can tell her my troubles.

She makes them all seem right.
I can make up excuses.

Not to hold her at night.
We can talk of tomorrow.
I'll tell her things that I w
ant to do.
But girl, how can I tell her about you?

How can I tell her about you?
Girl, please tell me what to do.
Everything seems right whenever I'm with you.

So girl, won't you tell me.
How to tell her about you?


How can I tell her I don't miss her whenever I'm away.

How can I say it's you and I think of every single night and day.
But when is it easy telling someone we're through.
Ah girl, help me tell her
about you

LET'S KEEP IT THAT WAY - Anne Murray
There's no need to lie
Without me half trying, I could love you
It shows in your eyes
That you feel the same way I do
But wherever I go, my conscience goes
What more can I say
It's only desire, not yet a fire
Let's keep it that way

Chorus
'Cause I don't want to have to tell him a lie
When I get back home
'Cause it would tear apart his fairy tale world
If I did him wrong
And lying to him would hurt me more
Than leaving you this way
So before we forget, we're not cheaters yet
Let's keep it that way

Let's finish this w*ne
'Cause I'm not thinking too clearly tonight
And the touch of your hand
Makes it so hard for me to tell wrong from right
He waits at home and he's there alone
And though I'd like to stay
Before I give in
Let's call it just friends
And keep it that way


YOU'RE A PART OF ME - ANNE MURRAY
I'd like to live out all my dreams
And if I could, yes if I could
The nicest one would be with you
And you'd be here with me
Don't you ever get lonely

Lord I'm no good when you're away
But what do you expect
From a girl
Who loves you like I love you
Won't you ever just get tired
And come on home to me
Don't you ever get lonely

[Chorus]
You're a part of me
That I can't do without
You're a part of me
That dreams are all about
But you can't hold on to
Something that you never had before
Love waits for the wind
To bring you back again
And take you away

Friends say it's great now you're a star
But what do they expect
From a girl
Who loves you just the way you were
And late at night, I wish things had never changed
And you were here with me
Don't you ever get lonely

[Repeat Chorus]

Take you away

Honey I love you
Take me away
'Cause honey I love you
Take me away

Life is a moment in space
When the dream is gone
Its a lonelier place
I kiss the morning goodbye
But down inside you know
We never know why
The road is narrow and long
When eyes meet eyes
And the feeling is strong
I turn away from the wall
I stumble and fall
But I give you it all...
Chorus:
I am a woman in love
And I do anything
To get you into my world
And hold you within
Its a right I defend
Over and over again
What do I do?

With you eternally mine
In love there is
No measure of time
We planned it all at the start
That you and i
Would live in each others hearts
We may be oceans away
You feel my love
I hear what you say
No truth is ever a lie
I stumble and fall
But I give you it all
Repeat chorus
I am a woman in love
And Im talking to you
Do you know how it feels?
What a woman can do
Its a right
That I defend over and over again......
Say you, say me
Say it for always
That's the way it should be

Say you, say me
Say it together
Naturally

I had a dream,
I had an awesome dream
People in the park
Playing games in the dark
And what they played,
Was a masquerade,
From behind the walls of doubt
A voice was crying out

Say you, say me
Say it for always
That's the way it should be

Say you, say me
Say it together
Naturally

As we go down life is lonesome highway,
Seems the hardest thing to do
is to find a friend or two
Is to find the
That helping hand,
Someone who understands
when you feel you lost your way
You've got someone there to say:
I'll show you

Say you, say me
Say it for always

That's the way it should be

Say you, say me
Say it together
Naturally

So you think you know the answers,
Oh, no
Well, the whole world got you dancing,
thats right, I'm telling you.
It's time to start believe,
oh yes,
Believe in who you are, you are a shining star.

Say you, say me
Say it for always
That's the way it should be

Say you, say me
Say it together
Naturally

Say it together
Naturally

Those schoolgirl days,
of telling tales and biting nails are gone,
But in my mind,
I know they will still live on and on,
But how do you thank someone,
who has t
aken you from crayons to perfume?
It isn't easy, but I'll try,

If you wanted the sky
I would write across the sky in letters,
That would soar a thousand feet high,
To Sir, with Love

The time has come,
For closing books and long last looks must end,
And as I leave,
I know that I am leaving my best friend,
A friend who taught me right from wrong,
And weak from strong,
That's a lot to learn,
What, what can I give you in return?

If you wanted the moon
I would try to make a start,
But I, would rather you let me give my heart,
To Sir, with Love

YOU LIGHT UP MY LIFE - Debbie Boone


So many nights I sit by my window
Waiting for someone to sing me his song

So many dreams I kept deep inside me
Alone in the dark but now
You've come along

You light up my life
You give me hope
To carry on
You light up my days
and fill my nights with song

Rollin' at sea, adrift on the water
Could it be finally I'm turning for home?
Finally, a chance to say hey,
I love You
Never again to be all alone

You light up my life
You give me hope
To carry on
You light up my days
and fill my nights with song

You light up my life
You give me hope
To carry on
You light up my days
and fill my nights with song

It can't be wrong
When it feels so right
'Cause You
You light up my life

NoSTaLGiA HiTS

Alunan gurisan hati..Jom dload mp3 kat bwh ni.Gerenti nostalgik punye.
Klik disini.

Voc : Jamal Mirdad

Malam ini di sini
Kita duduk berdua
Saling diam dan tak bicara

Ada rasa curiga
Lewat tatap matamu
Seakan benci kau simpan di sana

Aku tiada menyangka
Apa yang engkau pinta
Secepat ini ingin berpisah

Katakan sejujurnya
Jangan engkau sembunyi
Di balik rindu kau simpan dusta

Aku rela melepas
Ikatan cinta kita
Bila memang itu yang kau inginkan

Mengapa malam ini
Semua baru terungkap
Kau simpan dia yang lain di matamu

Bukanlah perpisahan
Yang akan kutangisi
Namun pertemuan yang kusesali

Natalia
Kau jelas berubah
Natalia
Kau membagi cinta

Aku insan biasa
Yang selalu tersisi
Jangankan dalam kehidupan
Di dalam bercinta pun
Aku kalah


Angin menderu..
dahan jatuh menimpa batu..
berguguran..

Murai terkejut berkicau-kicauan.
langit mendung meliputi awan
alamat bumi disirami hujan..
Sayang disayang..

Hati ku rindu org jauh tak luput dari kenangan..
Hati ku rindu.org jauh.tak luput dari kenangan..
Fikiran kusut berisau-risauan..
Sakit untung ditinggalkan kawan..
ibarat kapal tidak berhaluan..
Sayang disayang..

Fikiran kusut berisau-risauan..
Sakit untung ditinggalkan kawan..
ibarat kapal tidak berhaluan.
Sayang di sayang..

3. Lagu Untukmu - Grace Simon

4. LaiLa Namamu Teratas - Amy Search
Nama mu teratas indah bercahaya Laila
Menerangi ruang hati bersama makna mimpi

Kesucianmu kembalikan semangatku
Mendampingi cinta ku yang lalu

Harum tubuhmu memulihkan inderaku
Menghidu semula haruman di taman itu
Dan gerbang rambutmu diterbangkan bayu
Melambaiku pergi
Meninggalkan penjara ku yang ku dirikan
Melindungi diri yang tercalar
Dihiris dunia kejam

Hanya namamu Laila kekasihku laila
Hanya namamu Laila bermain di jiwa

5. Kau Dan Aku Sama[Kita Serupa] - Dewi YuLL

Cinta bagaikan irama tumpuan alunan nada
Kadang sendu kadang syahdu gejolak di dalam jiwa
kau dan aku seirama senada di dalam cinta
sama-sama merasakan kecewa dalam asmara

Jangan biarkan hatimu terluka
Merana hanya karena ulah asmara
Jangan biarkan dirimu tercekam terhempas
Terkuras hanya karena kasih yang semu

Kita sama-sama menanti
Kekasih yang ingkarkan janji
Kita sama-sama dilanda kerinduan dua insan
Merasakan cinta gelisah desahmu
Sudah nasib kita ditakdirkan sama
Mungkinkah cinta diantara kita


6. Kita DiTakdirkan Jatuh CinTa - Spring

7. Takdir Dan Waktu - Mega
Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri

Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya

Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah

Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya

Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa

Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca

Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini

Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku

Untuk melepaskanmu demi kerana
Ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu (sayang)
(Luka cintaku)

8. Yang Sangat Ku Sayang - Rano Karno
Kau yang sangat kusayang
Karena kau gadis pendiam
Anggun pribadimu
Tenang di wajahmu
Hati ini mengagumimu

Kau yang sangat kusayang
Karena kau tak pernah manja
Wajah keibuan
Tersungging senyuman
Tiada yang menandingimu

Ku mengkhayal
Bila saat nanti hidup bersamamu
Hanya engkau teman dalam duka
Penghibur derita
Kepadamu akulah yang manja
Dengarkanlah, sayang..
Kupandang potretmu di dalam kamar
Tersenyum padaku..




Selasa, Ogos 05, 2008

LAMARAN DARI PALESTIN

Sumbangsih dr:
wardatuljannah dr Portal Komuniti :: Ukhwah.com

Dalam kedinginan air cond di bilik kuliah ini, tiba-tiba bebola mataku tertarik kepada seorang gadis yang bertudung litup, berpakaian jubah, dan berwajah kearaban. Hatiku tertanya-tanya. “Dari mana pulak minah arab ni?”. Aku perhatikan gadis arab yang duduk di sudut dewan kuliah itu hanya keseorangan dan membaca sambil menunggu pensyarah masuk. Sedang aku memasang langkah untuk mendekati gadis itu dan berbual-bual dengannya, tiba-tiba pensyarah sudah ada di hadapan.

Pada kuliah itu pensyarah sejarah pemikiran ekonomi, Profesor Ikhwan telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk diberikan tugasan dalam kumpulan. Alangkah gembiranya hatiku apabila mendapat tahu bahawa gadis arab itu satu kumpulan denganku. Selepas kuliah kumpulan kami mengadakan sedikit perjumpaan. Pada masa itu aku berkesempatan mengenali gadis arab itu dengan lebih dekat lagi.
“ .” Aku memulakan bicara..
“waalaikumsalam warahmatullah.” Jawab gadis arab itu sambil tersenyum manis.
“Kamu boleh cakap melayu tak?.” Tanyaku dalam nada yang kurang yakin.
“Saya sudah lima tahun di sini dan boleh berbahasa Melayu.” Jawab gadis dengan Bahasa Melayu yang lancar. Kagum sungguh aku dengan kebolehan berbahasa Melayu gadis arab ini.
“Oh ya, nama saya Afanizam.”
“Nama saya Siti Hawa dari palestin.”
Rupa-rupanya gadis arab ini berasal dari palestin. Sebuah negara yang menjadi pe
rhatianku kerana kerakusan penceroboh dari bangsa yahudi. Ini buatkan aku ingin bertanya lagi.
“kat sana tiada universiti ke?”
“Ada, tapi sudah musnah oleh keganasan Israel.” Jawab Siti Hawa dalam nada yang sedih.
“Negara kamu sekarang tengah bergolak, apa peluang perkerjaan kamu di sana selepas habis belajar?”
“Memang kami tidak ada peluang tetapi sekurang-kurangnya kami telah melaksanakan tuntutan islam supaya mencari ilmu, kan menuntut ilmu tu satu ibadah, betul tak?”
“Betul. Betul.” Jawabku sambil tersenyum.
“Sebenarnya saya sungguh simpati dengan nasib saudara-saudara kita di sana,
dan saya
menyokong apa jua gerakan untuk membebaskan bumi Palestin dari pencerobohan Israel.”
“Terima kasih, saya begitu hargai sokongan kamu dan masyarakat disini. Sebenarnya kami bukanlah pengganas seperti yang didakwa, malahan kami dahulu yang telah diganasi oleh israel.”

“Keluarga kamu macam mana?” Tanyaku lagi.
“Kedua-dua ibu bapa saya telah terkorban dalam satu serangan tentera Israel.”
“Oh, saya minta maaflah. Semoga kamu bersabar.”
“Tak apa, saya redha dengan apa yang terjadi, eh sabtu depan kampus ada majlis keamanan sejagat untuk palestin, kamu datanglah sebagai tanda sokongan kepada perjuangan kami.”
“Insya-Allah.”
Jawabku dengan ringkas.
“Oklah, saya minta diri dulu kerana ada kelas.” Pinta Siti Hawa.
“Oklah jumpa lagi, jaga diri baik-baik.”
“Terima kasih.” Balas Siti Hawa sambil mempamerkan senyuman yang manis.
Sejak pertemuan itu aku amat tertarik dengan perwatakan Siti Hawa. Aku lihat dia seorang yang gadis yang lemah lembut tetapi cekal dan mempunyai semangat perjuangan yang tinggi.

Pada majlis keamanan sejagat untuk Palestin kelihatan begitu ramai sekali mahasiswa yang datang, menunjukkan bahawa perjuangan rakyat Palestin mendapat perhatian dari mahasiswa pelbagai lapisan agama dan kaum. Dalam lautan mahasiswa itu, bebola mataku tercari-cari seorang yang bernama Siti Hawa, namun dalam lautan manusia begini memang susah untuk mencari seseorang. Tepat pukul 9.00 malam majlis pun bermula. Ketika itu aku dapat rasakan kedinginan air cond dewan besar ini telah dihangatkan dengan ucapan-ucapan berapi yang penuh semangat dari dua orang panelis yang mengecam keganasan Israel terhadap penduduk Palestin. Dalam fikiranku, kalaulah kabinet Ariel Sharon bapak pengganas tu tahu tentang majlis ni, sudah tentu F/A18 Hornet dihantar untuk membedil dewan besar ini. Bila tiba panelis ke-. Aku agak terkejut. Rupa-rupanya Siti Hawa adalah salah seorang panelis yang mewakili rakyat palestin dalam majlis itu. Aku lihat gadis palestin ini berucap dengan begitu bersemangat dan telah memukau ribuan mahasiswa dalam dewan besar ini. Segala pengalaman di bumi Palestin diceritakan dengan begitu menyayat sekali sehinggakan ada mahasiswi yang menangis. Dan itulah kali pertama aku melihat air mata Siti Hawa. Air mata jernih yang memancarkan seribu penderitaan umat islam Palestin.

Pagi jumaat ini aku hanya ada satu kuliah sahaja. Habis sahaja kuliah aku terus keluar untuk bersarapan. Dalam perjalananku ke Restoran Maulana untuk bersarapan tiba-tiba ada satu suara memberi salam.
“ .”
“ . Eh ustaz, minum ustaz.”
“Ana baru minum tadi.
Ni ana dapat maklumat ada 'kenduri' lepas jumaat ni kat Masjid Ar Rahman.”
“Kenduri? kenduri apa tu ustaz?”
“Untuk membantah keganasan Rejim Israel. kalau tak ada apa anta datang lah.”
“Insya-Allah ustaz.”

Dengan membawa kain serban aku menuju ke Masjid Ar Rahman untuk bersolat jumaat di sana. Tengah hari itu kelihatan jemaah begitu ramai sekali yang terdiri daripada mahasiswa di sekitar Lembah Klang sehingga ada yang terpaksa membuat saf jemaah di luar. Sebaik sahaja solat selesai para pimpinan mahasiswa memberikan ucapan yang berapi-api membidas kekejaman Israel yang disambut dengan laungan takbir dan kecaman terhadap Rejim Zionis. kami bersiap untuk berarak dari masjid secara aman dengan membawa pelbagai kain rentang. antaranya tertulis, “Hidup islam hancur Israel!” Akupun mula menutup mukaku dengan kain serban seperti pejuang Hamas dan memakai winbreaker untuk menghadapi kemungkinan ditimpa ‘hujan asid’. belumpun kami melangkah, telah kedengaran bunyi dari hailer.
“Dalam masa 5 minit kamu semua diminta bersurai!”
“Perhimpunan ini adalah tidak sah mengikut akta polis.”
“Sila beri kerjasama. Sila beri kerjasama.”
“Saya ulangi bersurai sebelum pihak kami mengambil tindakan.”
Di depan kami FRU telah bersiap sedia dengan belantan dan perisai. Yang amat menggerunkan sekali, sebuah lori water canon dengan muncung meriamnya dihalakan ke arah kami bersedia untuk menurunkan ‘hujan asid’ pada bila-bila masa. dalam keadaan yang agak gawat ini, pimpinan mahasiswa meminta kami semua bertenang sementara mereka berbincang dengan pegawai polis untuk mendapat kebenaran berhimpun. Selepas beberapa minit berbincang kami tetap tidak dibenarkan untuk meneruskan perhimpunan dan nampaknya kami terpaksa mengakhiri perhimpunan dengan bacaan doa untuk kesejahteraan umat islam di seluruh dunia. Tetapi belum sempat bacaan doa dihabiskan kedengaran bunyi loceng diikuti semburan air dari lori water canon. Keadaan menjadi semakin gawat. Ada yang cabut lari menyelamatkan diri dan ada yang bertahan situ.
Laungan takbir bergema dalam suasana yang gawat itu
“Allahu akbar!”
“Allahu akbar!”
“Allahu akbar!”
Barisan FRU mula mengejar dan membelasah sesiapa sahaja yang ada di depan mata mereka. Sekalipun orang itu tidak tahu-menahu tentang demonstrasi itu. Mataku begitu pedih kerana ditimpa oleh ‘hujan asid’. Dalam kesamaran, mataku terpandang seorang muslimat yang telah diperlakukan dengan begitu kasar oleh anggota FRU hingga tudungnya hampir tertanggal. Aku begitu marah dan dengan nekad terus menghayunkan topi keledar ke arah anggota FRU tersebut sehingga anggota FRU tersebut tersungkur. Aku membawa muslimat itu lari ke tempat yang selamat. Bila keadaan reda baru aku perasan, rupa-rupanya muslimat yang aku selamatkan itu adalah Siti Hawa.
“Eh, kamu ke Siti Hawa?” Aku bersuara dengan termengah-mengah.
“Masya-Allah, kamu rupanya yang selamatkan saya.” Siti Hawa juga terkejut.
Tiba-tiba aku lihat Siti Hawa menangis lalu aku bertanya.
“Kenapa kamu menangis?”
“Saya menangis bukan kerana sakit dikasari oleh mereka, tapi saya sungguh sedih kerana sebuah negara yang didakwa sebagai negara islam sanggup mengasari orang yang berhimpun untuk membantah kekejaman Rejim Zionis.”
terkedu bila aku dengar kekesalan yang diluahkan oleh Siti Hawa itu.
Itu belum lagi aku ceritakan tentang pasukan kriket Israel yang ditatang, rakyat yang membantah pula diterajang pada tahun 1995.

Persahabatan aku dengan Siti Hawa telah hampir 2 tahun dan ini adalah hari terakhir aku dapat bertemu dengannya. Hari ini aku bertekad untuk meluahkan isi hatiku kepada Siti Hawa yang telahku pendamkan selama hampir dua tahun.
“Apa rancangan kamu selepas ini?”
“Insya-Allah selepas ini saya akan balik ke negara saya, Saya telah dilamar di sana dan saya telah menerima lamaran itu.”
Aku hanya tersenyum mendengar katanya itu tetapi dalam hatiku amat kecewa kerana gadis Palestin ini telah dilamar orang. Sayang sedalam-dalam sayang, bunga yang ku puja akan sunting orang. Namun begitu aku redhakan hati ini dan berdoa semoga dia bahagia. Pada keesokan harinya aku mengiringinya ke lapangan terbang.
“selamat tinggal wahai sahabatku, hulurkanlah doa untuk perjuangan kami di sana, saya akan tetap merindui kamu.”
Itulah kata-kata terakhir yang keluar dalam mulut Siti Hawa sebelum dia berlepas. Hari itu juga ku lihat lambaian terakhir darinya dengan wajahnya yang begitu berseri-seri dan bercahaya sekali. mungkin itulah gambaran kegembiraannya yang akan pulang ketanah airnya dan akan berumah tangga dengan pemuda yang dikasihinya.

Sudah sebulan berlalu. Aku menjadi pegawai tadbir di sebuah jabatan kerajaan. Namun begitu aku tetap merindui Siti Hawa. Semasa perkenalan dengannya dahulu dia ada memberi nombor telefon bimbitnya kepadaku tetapi aku rasa tidak manis kalau aku ganggu gadis yang akan menjadi isteri orang. hari ini cuti hujung minggu, namun aku tetap bangun awal pagi. Mungkin kerana kebiasaan aku sejak menuntut di universiti lagi. Pagi itu aku tidak bercadang untuk kemana-mana. Aku hanya berehat di rumah sahaja. Selepas sarapan aku membaca surat khabar. Aku terus membuka halaman berita antarabangsa kerana bagiku berita-berita dalam negeri adalah tidak adil dan tidak beretika. Tiba-tiba jantungku seperti hendak gugur apabila terbaca satu tajuk berita yang berbunyi, “Seorang lagi serikandi Palestin yang bernama Siti Hawa telah melakukan operasi syahid di pos kawalan tentera Israel dengan meletupkan diri sendiri.” Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku baca. Rupa-rupanya maksud lamaran oleh Siti Hawa dulu adalah lamaran untuk berjihad dan mencapai syahid. Dalam masa yang sama isyarat SMS dari telefon bimbitku berbunyi. Bila aku buka, rupa-rupanya ianya adalah SMS dari Siti Hawa yang tertulis, “sebenarnya saya juga mencintai kamu, tetapi saya lebih mencintai Allah dan rasulNya.” Dengan tak semena-mena air mataku mengalir. Aku yang selama ini tidak pernah menangis kerana mempertahankan keegoanku kini menangis tanpa mempedulikan alam sekeliling ku. Selepas solat aku menyedekahkan bacaan Surah Yassin kepada arwah dan berdoa semoga arwah diberikan syahid yang tertinggi oleh Allah.